Perlancongan Ke Pulau Langkawi
Wednesday, June 25, 2025
Keindahan Alam Gunung Mat Cincang
Aktiviti Alam Menarik
Melawat Air Terjun Telaga Tujuh
Aktiviti alam seterusnya yang anda boleh lakukan sepanjang percutian di Langkawi ialah melawat Air Terjun Telaga Tujuh. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang berjaya menarik perhatian ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Dikenali sebagai air terjun yang paling indah di pulau ini, Telaga Tujuh dinamakan sempena tujuh kolam semula jadi yang terbentuk di kawasan tersebut.
Air terjun ini terletak di kaki Gunung Mat Cincang dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang tebal, memberikan suasana yang menenangkan dan segar. Untuk sampai ke kawasan utama air terjun, pengunjung perlu mendaki lebih dari 600 anak tangga.
Alang-alang jungle trekking di Gunung Mat Cincang, singgahlah ke air terjun ni sekejap untuk menyegarkan badan.
Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi
Setelah menikmati pemandangan dari SkyCab, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Sky Bridge.
Sky Bridge adalah sebuah jambatan gantung yang terletak di ketinggian lebih 700 meter di atas paras laut dan
mempunyai reka bentuk yang melengkung.
Sky Bridge memberikan pengalaman berjalan kaki yang unik, sambil merasai kesejukan angin sepoi-sepoi yang bertiup lembut. Tempat ini sangat sesuai untuk mengambil gambar dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Tuesday, June 24, 2025
Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi
Salah satu akiviti menarik di Pulau Langkawi iaitu SkyCab
Jalan Jalan Langkawi
Langkawi merupakan salah satu daerah dan pulau di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi telah diberikan status bebas cukai pada tahun 1987. Hari ini, pulau ini, yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan legenda lampau, telah menampilkan dirinya sebagai salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya adalah kumpulan pulau yang mana Pulau Langkawi adalah yang terbesar.
Pulau Langkawi terletak di sebelah barat negeri Kedah dan Perlis dan di utara negeri Pulau Pinang, Semenanjung Malaysia. Pulau Langkawi berada di perairan Selat Melaka, sangat dekat dengan muara Selat Melaka, Laut Andaman di barat laut dan Lautan Hindi di barat. Di sebelah barat pulau Langkawi ialah pulau Sumatera di Indonesia dan di sebelah utara terletak negara Thailand.
Keindahan Alam Gunung Mat Cincang
Jungle Trekking di Gunung Mat Cincang Bagi pencinta alam semula jadi, aktiviti jungle trekking di Gunung Mat Cincang adalah pilihan terbai...
-
Langkawi merupakan salah satu daerah dan pulau di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi telah diberikan status bebas cukai pada ...
-
Melawat Air Terjun Telaga Tujuh Aktiviti alam seterusnya yang anda boleh lakukan sepanjang percutian di Langkawi ialah melawat Air Terju...
-
Setelah menikmati pemandangan dari SkyCab, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Sky Bridge. Sky Bridge adalah sebuah jambatan gantung ...








